Pengenalan


Amalan Pdp berbantukan ICT

PEMBELAJARAN KOLABORATIF MELALUI PERISIAN PADLET DALAM TUTORIAL SAINS KOMPUTER
Anwar Majdi bin Ramli
Pensyarah Sains Komputer
Kolej Matrikulasi Selangor

Abstrak
ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran  kini semakin mendapat sambutan dalam kalangan pendidik bagi  mewujudkan persekitaran pembelajaran realistic maya yang interaktif dan menyeronokkan. Ini disebabkan ICT boleh membantu pelajar dalam pembinaan daya kreativiti dan inovasi di samping dapat memupuk kecekapan penggunaan teknologi dalam mengakses maklumat daripada pelbagai
sumber yang sejajar dengan perkembangan global berasaskan e-pembelajaran . Penggunaan ICT dalam proses pengajaran pembelajaran berlaku bukan hanya setakat sesi amali bahkan boleh juga ketika sesi kelas tutorial. Transformasi maklumat boleh dilakukan dari satu hala menjadi dua hala atau lebih. Dengan ini suasana pengajaran pembelajaran menjadi lebih menarik melalui penggunaan interaktiviti elemen ICT seperti teks, audio, video, grafik dan animasi yang melibatkan sensori manusia.


Aktiviti  ini memfokuskan kepada peranan aplikasi padlet dalam pembelajaran topic 1 (Introduction of Information Technology)  sebagai satu bentuk pembelajaran kolaboratif. Ia adalah pembelajaran berbentuk kolaboratif dengan berkonsepkan “perkongsian ilmu” di antara pelajar dengan pelajar dan pensyarah dengan pelajar. Dengan menggunakan padlet , pelajar akan menjawab soalan secara kumpulan  dalam masa 10 minit menggunakan computer. Semua jawapan pelajar akan dipaparkan pada skrin computer . Setiap kumpulan akan diberi soalan yang berbeza. Dari paparan jawapan setiap kumpulan, sesi perbincangan pun dimulakan.  Setiap kumpulan akan mengemaskini jawapan masing- masing selepas sesi perbincangan. Sebelum berakhir sesi pengajaran dan pembelajaran, setiap pelajar boleh memuat turun semua jawapan tersebut dan disimpan dalam pendrive masing-masing. Perisian ini juga boleh dibuka melalui mobile phone. Oleh kerana ia nya adalah atas talian(online) pelajar boleh mengakses semula bila bila masa.  Objektif  penggunaan  padlet ini adalah menyediakan suasana perbincangan kumpulan yang lebih menarik dan bermotivasi. Selain dari itu, ianya juga dapat menjimatkan masa daripada setiap wakil kumpulan menulis jawapan di papan tulis. Penjimatan atau mengurangkan penggunaan kertas boleh meringankan beban kewangan  pelajar disamping mengoptimamkan pengunaan computer makmal selain daripada sesi amali. 

No comments:

Post a Comment