Penyataan Masalah

Kelas tutoran  adalah kelas perbincangan  di antara pensyarah dengan pelajar, Aktiviti  yang biasa berlaku adalah perbincangan soalan-soalan tutoran  dan soalan-soalan yang disediakan oleh pensyarah . Pelajar akan menjawab soalan dalam buku tutoran atau dalam kertas soalan yang disediakan . Sesi perbincangan akan berlaku sambil pelajar menjawab soalan.  Pelajar akan mencatat jawapan mereka di papan putih (whiteboard) . Pensyarah akan meminta respon daripada semua pelajar terhadap jawapan tersebut.

Pelajar sedang menulis jawapan di papan putih.

Masalah yang dikenalpasti adalah:

1. Banyak masa yang diambil untuk sesi ini  menyebabkan tidak semua jawapan boleh dibincangkan.

2. Tulisan pelajar yang berbagai rupa menyukarkan rakan lain untuk membaca dengan jelas.

3.  Jawapan yang betul setelah berlaku perbincangan juga mengambil masa pulak untuk ditulis.

4. Semua pelajar perlu menyalin jawapan yang betul, menyebabkan  pelajar yang berada di baris belakang terpaksa berdiri sambil mencatat jawapan. 


No comments:

Post a Comment